Penjualan Produk Digital di eBay

Oleh: Eruwan Gerry Norsen

Di dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan anda kenapa anda perlu mengambil peluang menjual produk digital di eBay.

Saya boleh berkongsi berdasarkan pengalaman yang penjualan produk fizikal lain di eBay cuma boleh membawa anda sehingga mencapai satu puncak pendapatan yang tertentu sahaja. Selepas anda mencapai puncak tersebut, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin meluangkan lebih banyak masa di dalam perniagaan anda atau perlu menggaji pekerja untuk membantu di dalam perniagaan anda.

Sekiranya anda tidak melakukan salah satu daripada dua perkara tadi, maka pendapatan anda di eBay akan terbatas pada tahap itu sahaja dan akan menjadi sukar untuk anda mencapai pendapatan yang lebih tinggi.

Ianya tidak begitu dengan penjualan ebook dan produk digital di eBay!

**Saya tahu… di sinilah tempatnya anda mengatakan yang saya ini sudah GILA! Kini pihak eBay sudah tidak membenarkan kita menjual produk digital lagi di eBay!…**

Di sinilah sebenarnya anda sudah tersilap!

eBay masih membenarkan anda untuk menjual produk digital tetapi ianya perlu dijual di dalam bentuk CD atau DVD.

Persoalannya sekarang adalah – mengapa perlu seseorang bertindak menjual produk-produk digital di eBay?

Berikut merupakan beberapa sebab asas:

  • Wang pelaburan yang rendah. Anda cuma perlu menghasilkan atau mendapatkan sebuah produk digital sekali sahaja, tetapi boleh menjualnya berulang-ulang kali kepada pelanggan anda selama-lamanya. Produk digital yang saya hasilkan 5 tahun lalu masih lagi memberikan keuntungan kepada saya sehingga ke hari ini!
  • Masalah refund yang kurang. Jarang ada pembeli yang inginkan refund semula wang pembelian mereka di eBay untuk sesuatu produk digital yang telah mereka beli. Maka ini akan mengurangkan masalah refund anda.
  • Cuma penjualan produk digital melalui format CD/DVD sahaja yang boleh anda lakukan otomasi 100%. Produk-produk lain TIDAK BOLEH! Anda sudah tidak perlu lagi bersusah payah membungkus dan menghantar barangan atau perlu berurusan dengan dropshipper anda untuk menghantar barangan. Penjualan produk digital di eBay boleh diotomasikan 100% dengan mudah dan anda tidak perlu lagi bekerja keras selepas itu.
  • Jana wang pelbagai aliran. Cuma penjualan produk digital sahaja yang mampu memberikan anda aliran wang melalui pelbagai cara. Penjualan produk fizikal biasa cuma memberikan anda 1 aliran wang sahaja manakala produk digital boleh memberikan anda sehingga 8 aliran wang untuk menjana pendapatan.

Saya boleh menulis sebuah buku lain untuk menerangkan mengenai kehebatan penjualan produk digital tetapi tidak perlu kerana Mentor Jutawan Azizi Ali telah melakukannya dengan menghasilkan buku terbaru beliau iaitu Get Rich Faster.

Di dalam buku tersebut, beliau telah menemuramah saya dan saya telah memberikan sedikit pengenalan kepada strategi penjualan produk digital di eBay.

Saya berharap yang anda sekarang boleh memahami mengapa produk digital adalah satu produk hebat yang boleh anda jual di eBay di mana terdapat beratus ribu bakal pelanggan di seluruh dunia yang dahagakan maklumat.

Menjual di eBay adalah lebih mudah memandangkan anda akan mendapat akses kepada bilangan pelanggan yang besar berbanding jika anda ingin memulakan laman web anda sendiri yang mana anda perlu memberikan pelbagai usaha untuk menjana trafik dan pelanggan ke laman web tersebut.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang perniagaan yang hebat ini, sila kunjungi laman web berikut:

Klik Banner dibawah :


Pakej Automatic eBay Powerseller

Tawaran Terhad hanya 100 Pembeli sahaja akan mendapat Harga Diskaun.

RM50 Diskaun
Cara untuk dapat diskaun -klik

0 comments